Mengutip Permata Al-Quran Membuka kunci Keberkatan
Meraih Kedamaian Dalam Kehidupan
Jom Menggali Kekayaan Ilmu Al-Quran Bersama Az Zikr Online




Satu-Satunya Program Yang Direka Khas Untuk Bawa Anda Dari Kosong Hingga Celik al-Quran Dengan Sistem Yang Teratur & Bertahap
🎥 Kelas beserta rakaman
👥 Bimbingan khas secara one-to-one atau berkumpulan
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”.
[Riwayat Muslim (804)]
Silibus digubal khas mengikut tahap para pelajar supaya anda belajar secara fokus dan meningkat dengan konsisten.
Sesuai Untuk Semua Umur & Tahap
Kanak-kanak, remaja, dewasa atau warga emas — semuanya boleh mengikuti program mengikut kemampuan masing-masing
Pemantauan Kemajuan Setiap Minggu
Setiap sesi anda akan menerima rekod prestasi yang membantu menilai kemahiran anda supaya dapat menambahbaik dari semasa ke semasa.
Tadabbur dan Perkongsian Ilmu Yang Menghidupkan Hati
Pelajaran al-Quran diselitkan dengan tadabbur ringkas untuk menambah rasa cinta terhadap al-Quran dan memahaminya bagi mengamalkan dalam kehidupan.
Kenapa Pelajar Memilih Kami? Ini Jawapannya…
1️⃣ Pembelajaran Yang Mudah dan Fleksibel

Kelas Percubaan Percuma
Mulakan tanpa risiko — cuba sesi pengenalan untuk menilai tahap, gaya pengajaran dan keselesaan anda sebelum mendaftar

Dapatkan panduan lengkap yang membantu anda memahami asas bacaan dengan lebih tepat dan teratur.

Belajar mengikut jadual anda sendiri. Pilih slot pagi, petang atau malam tanpa mengganggu komitmen kerja & keluarga.
2️⃣ Metodologi Pembelajaran Terbukti Berkesan

Latihan Pengukuhan Berterusan
Setiap pelajar dibekalkan latihan khusus untuk mempercepatkan kelancaran, memperbaiki bacaan dan membina keyakinan.

Guru menilai tahap anda satu persatu dan membimbing secara peribadi sehingga anda benar-benar menguasai.
Tiada istilah “belajar separuh jalan”—anda dinilai bagi berpindah ke peringkat seterusnya sehingga mencapai standard bacaan yang betul dan mantap.

Setiap kelas dimulakan dengan doa Nabi Musa a.s dan doa belajar Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s serta tadabbur ringkas, menjadikan pembelajaran bukan hanya sekadar kelas tetapi meningkatkan spiritual diri.

Kelas al-Quran & Tadabbur
Menambah baik bacaan al-Quran daripada zero ke peringkat yang tinggi secara berperingkat dan mendapat sijil kemahiran al-Quran.

Tahsin Bacaan bersama Syeikh atau Syeikhah Arab setelah mencukupi syarat bacaan sanad dan mendapat sijil sanad bacaan Hafs.

Pelajari usul Qiraat dan tahsin bacaan Qiraat bersama syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta mendapat sijil sanad Qiraat.

Pelajari tajwid Matn Tuhfatul Atfal atau Matn al-Jazariyyah bersama Syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta mendapat sijil sanad Matn.

Bimbingan Hafazan secara harian dan live mingguan mengikut pakej yang dipilih dan mendapat sijil serta hadiah bagi setiap program.

Bimbingan Komunikasi dalam Bahasa Arab Fushah secara sistematik bersama rakan dan mendapat sijil setiap tahap.
Tak perlu risau—ikuti langkah ringkas dan anda terus bersedia untuk mula belajar.
Seronok saya belajar dengan Ustazah. Walaupun hanya setengah jam tapi dapat semua. Ngaji, tadabbur, tajwid. Dulu selalu fail pecahan makhraj huruf. Asyik lupa tapi tadi belajar rasa senang je nak ingat. Alhamdulillah 😍

Pn. Aisyah
Alhamdulillah, dah lama saya nak menghafaz. Dengan adanya sistem hafazan daripada AZ-Zikr untuk push saya menghafaz al-Quran dan buat saya sentiasa bersemangat untuk menghafaz al-Quran walaupun umur sudah tua!

Dr. Norherah

"Alhamdulillah, kelas tiada masalah dan banyak membantu saya. Sesuai dengan saya yang sibuk sebab guru dan jadual yang sangat flexible".





FAQ
Soalan Lazim Kelas AZ-Zikr Online
Semua soalan berkaitan kelas dijawab di sini
Bagaimana cara mendaftar kelas?
Adakah terdapat kelas percubaan percuma?
Bagaimana sistem pembayaran yuran ?
Belajar dahulu, bayar kemudian. Due pembayaran adalah setiap akhir bulan. Jika tidak hadir dan tidak menggantikan kelas dalam masa sebulan, maka yuran yang sudah dibayar akan dibawa ke hadapan atau boleh membayar ikut sesi yang dijalankan sahaja..
Adakah kelas-kelas diadakan secara atas talian sepenuhnya?
Ya, semua kelas di AZ-Zikr Online dijalankan secara dalam talian (online) sahaja. Oleh itu, kesemua pelajar dapat mempelajari walau di mana mereka berada dengan masa serta hari yang dipilih sendiri.