Soalan Lazim

Semua soalan berkaitan kelas dijawab di sini.

Soalan Lazim Kelas Al-Quran

Kelas Al-Quran di AZ-Zikr merangkumi semua tahap bacaan pelajar, daripada tahap permulaan mengenal huruf hijaiyyah sehingga peringkat tertinggi iaitu sanad Al-Quran. Setiap peringkat mempunyai silibus yang sistematik dan membaiki kesalahan bacaan secara berfokus dan bertahap. Maka pelajar dapat merasakan peningkatan bacaan yang mendadak dalam waktu yang singkat. Mereka mampu membetulkan kesalahan sendiri walau tiada bimbingan guru. Jika sudah mencapai tahap sanad, mereka boleh mempelajari bersama syeikh atau syeikhah Arab untuk membetulkan makhraj dan sifatul huruf dengan lebih baik. Kelas Al-Quran diisi juga dengan perkongsian ilmu dan tadabbur sesuatu ayat agar pelajar bukan hanya membetulkan bacaan tetapi memahami apa yang ingin disampaikan oleh Allah SWT untuk diamalkan dalam kehidupan.
Kelas Al-Quran mempunyai 5 sesi dalam sebulan walaupun pada bulan itu mempunyai 4 minggu. Tetapi pelajar boleh membuat permintaan jika ingin kurangkan sesi atas sebab-sebab tertentu.
Kelas AZ-Zikr membuka peluang kepada pelajar sama ada ingin memilih secara persendirian atau berkumpulan. Berkumpulan hanya diterhadkan kepada 4 orang sahaja agar setiap orang dapat membaca dengan lebih banyak dan dapat membetulkan kesalahan secara berkualiti.
Cara pembayaran yuran akan dikongsikan di dalam group Admin. Pelajar boleh membayarnya melalui transfer online ke dalam akaun yang diberikan. Pihak admin akan mengeluarkan invois bulanan pada setiap awal bulan. Para pelajar boleh membayar yuran sebelum 28hb agar dapat membayar elaun kepada guru. Kerjasama para pelajar sangat dihargai.
Ya, rakaman setiap sesi disediakan. Walaupun begitu, rakaman itu terpapar sehingga 30 hari sahaja. Jika anda berniat untuk menyimpan rakaman setiap sesi, anda boleh download rakaman tersebut di dalam laptop anda supaya mudah membuat rujukan pembelajaran.
Pelajar hanya perlu membayar tambahan RM15 untuk mendapatkan silibus yang dipelajari. Yuran silibus ini hanya sekali sahaja dalam pengajian.
Di sesi percubaan, guru akan menilai tahap bacaan anda dahulu. Jika anda masih tahap 1 dan 2, anda hanya perlu menyediakan buku nota jika perlu. Anda akan menggunakan silibus sedia ada yang disediakan oleh AZ-Zikr. Manakala bagi tahap 3 dan ke atas, boleh sediakan Al-Quran khas untuk pembelajaran serta buku nota jika perlu. Pastikan internet anda juga dalam keadaan baik.
Ya boleh. Ganti kelas hanya boleh dibuat pada bulan hadapan sahaja. Jika tidak menggantikan kelas yang tidak hadir tersebut, maka sesi tersebut akan 'burn' tetapi baki yuran sesi tersebut akan dibawa ke bulan hadapan.

Soalan Lazim Kelas Sanad

Ya perlu. Ujian penilaian adalah PERCUMA sahaja. Jika anda tidak melepasi ujian bacaan, anda perlu mengambil pra-sanad terlebih dahulu selama 3 bulan bergantung kepada bacaan anda. Pra-sanad akan membantu anda menghabiskan sanad dalam jangka yang pendek. Sanad anda juga akan mempunyai kualiti yang baik bukan hanya hiasan semata-mata. Kerana di dalam pra-sanad ini anda akan memperkemaskan dan memahirkan ilmu tajwid serta praktikal dengan baik.
Paling awal adalah 1 tahun setengah jika pelajar dapat hadiri sesi dengan konsisten serta tidak membuat kesalahan yang banyak. Kelas sanad mempunyai 5 sesi dalam sebulan.
Ya, kami akan poskan sijil sanad anda ke rumah anda. Sijil sanad ini mempunyai tandatangan daripada syeikh.
Syeikh boleh berbahasa Melayu manakala syeikhah boleh berbahasa Inggeris sahaja. Anda boleh memilih sama ada ingin mengambil sanad bersama syeikh atau syeikhah.

Soalan Lazim Kelas Hafazan

Dalam AZ-Zikr Online kami mengamalkan sistem coaching yang utama: 1. Coaching Harian — Kami memantau hafazan pelajar secara harian. Pelajar dapat menghafaz berdasarkan target ayat yang ditetapkan supaya tiada sikap bertangguh dan kualiti hafazan menjadi lebih baik. Hafazan perlu mempunyai disiplin yang tinggi. 2. Coaching Live — Kami mengadakan perjumpaan live secara mingguan untuk melihat prestasi hafazan secara keseluruhan, murajaah dan tasbit ayat yang telah dihafaz. Di dalam sesi ini juga, pelajar akan disemak ayat hafazan baru supaya dapat menghafaz dengan tajwid yang betul serta memahami ayat yang dihafaz.
Kelas hafazan mempunyai 4 sesi dalam sebulan. Walau bagaimanapun, kami mempunyai sistem hafazan secara harian yang akan diterangkan dalam sesi percubaan jika anda mendaftar. Kelas percubaan adalah PERCUMA.
Ya ada. Kami akan paparkan beberapa target kepada pelajar untuk memilih berapa tahun ingin menyelesaikan hafazan mereka. Kemudian, kami akan mengeluarkan jadual berdasarkan target mereka. Target ini adalah berdasarkan kemampuan hafazan pelajar untuk dihantar setiap minggu.
AZ-Zikr menyediakan hadiah yang menarik bagi yang mencapai target yang ditetapkan: • Pakej Juz Amma: diberi sijil beserta hadiah istimewa. • Pakej Surah Pilihan: diberi hadiah setiap surah yang dihafaz dan sijil setelah selesai kesemua surah pilihan. • Pakej 30 Juz: diberi hadiah setiap 5 juz yang telah dihafaz dan sijil setelah menghafaz 30 juz.

Soalan Lazim Kelas Sanad Qiraat

Boleh. Antara Qiraat yang boleh digabungkan: 1. Imam A'sim & Imam Ibn A'mir 2. Imam Ibn Kathir & Imam Abu Ja'far 3. Abu Amru & Ya'qub 4. Kisaie & Khalaf al-A'syir
Syaratnya: Hendaklah mempunyai sijil Sanad Hafs dan sudah memenuhi piawaian tatatertib bacaan bersanad. Maka ada ujian penilaian bacaan terlebih dahulu sebelum diterima masuk sanad Qiraat.

Tak Jumpa Jawapan Yang Dicari?

Jangan risau, pasukan kami sedia membantu anda.